KOMSAS TINGKATAN 4

KOMSAS TINGKATAN 4

31 Disember, 2007

Selamat Tahun Baru 2008


SELAMAT TAHUN BARU 2008
 
Kepada
 
Semua Warga SMKCE,
Bekas-bekas Guru dan staff sokongan SMKCE
Bekas-bekas pelajar SMKCE di IPTA dan IPTS
Bekas-bekas pelajar SMKCE yang lain
dengan ucapan
Tahun Baru Azam Baru menjanjikan
SMKCE  PERSADA GEMILANG SOKMO

Wazam

27 Disember, 2007

PELAJAR CEMERLANG 9A PMR 2007

Siti Solehah Bt Abdullah dari kelas 3Arif merupakan pelajar cemerlang 9A PMR 2007. Beliau amat sedih dan terharu kerana tidak dapat berkongsi bersama kecemerlangan yang diperolehinya bersama ayahandanya yang tercinta yang telah kembali kerahmatullah pada awal tahun ini.Inilah berkat dan doa iringan daripada ibunya yang amat disayangi,ahli-ahli keluarga,guru-guru dan rakan-rakan seperjuangannya menjadikan beliau pelajar cemerlang PMR tahun ini. 
 
Wazam

TAHNIAH DAN SYABAS PIHAK SEKOLAH KEPADA PELAJAR CEMERLANG

Tn.Hj Rasid Ali(PK HEM)mewakili Pengetua menyampaikan Slip PMR kepada Adik Siti Solehah Bt Abdullah,Pelajar cemerlang 9A .Beliau sejak awal tahun lagi telah dikesan memiliki keupayaan dan kemampuan untuk menjadi pelajar cemerlang PMR tahun ini. Tahniah dan syabas sekali lagi daripada Guru-guru dan Pentadbir Sekolah.

--
Wazam

KEGEMBIRAAN SEORANG IBU TUNGGAL

Betapa gembira seorang ibu tunggal hingga melinangkan air mata apabila mendapati anaknya ,Siti Solehah Abdullah terbaik dalam PMR di SMk Chabang Empat ,yang menangis antara kegembiraan dan kesedihan.

--
Wazam

ANTARA PELAJAR CEMERLANG

Adik Norlida mendapat 8A 1B gembira bersama kawan-kawan selepas mengambil keputusan.

Azlina tumpang senyum sebab Norlida tu geng baik sementara Wanis tu pulak tergagap-gagap nak sebut keputusan orang kerana terlalu gembira bila semua telah berjaya.....hehehe.

--
Wazam

SUASANA KETIKA MENGAMBIL SLIP PMR


Pelajar-pelajar tak sabar nak tahu keputusan mereka.......bila dah dapat ada 2 keadaan....1st melompat kegembiraan, 2nd meluru keluar dari kelas...tahu2 la sbb apa tuuuu....hehehe
--
Wazam

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PMR 2007

Pengetua Tn Hj Khairul Anwar Khairuddin sedang mengumumkan keputusan PMR kepada pelajar dan guru.

--
Wazam

DEBARAN KETIKA MENUNGGU KEPUTUSAN DIUMUMKAN

Pelajar-pelajar yang hadir untuk menerima keputusan peperiksaan PMR sentiasa ceria dan gembira seolah-oleh telah tahu kejayaan mereka meningkatkan pencapaian dan kedudukan ranking sekolah dalam PPD P.Mas Tumpat
 


--
Wazam

KEPUTUSAN PMR 2007 SMK.Chabang Empat Tumpat Kelantan

Keputusan PMR 2007 SMK.Chabang Empat Tumpat :

PMR 62.39 %( Meningkat 12.39 %)
berbanding tahun 2006 (51.0 %)

Kedudukan dalam PPD Pasir Mas-Tumpat : Ke 11 daripada 28 buah sekolah menengah
Kedudukan Lompatan saujana : No. 3 tertinggi

Tahniah dan Syabas kepada semua pelajar T3 tahun 2007, guru-guru Ting3 dan Pentadbir khususnya Pengetua Tn.Hj Khairul Anwar Khairuddin atas kejayaan dan kecemerlangan SMKCE tahun ini.

SYABAS DAN TAHNIAH!

--
Wazam

17 Disember, 2007

BANJIR DI BDG PAKYONG,T.JERING,KJG SEBIDANG,SIMPANGAN, KBG SAWA,JAL BESAR

Sungguh sedih tahun ini bagi penduduk di daerah Kg.Cherang Melintang,Kg.T.Jering,Kg,Kajang Sebidang,Kg.Bendang Pakyong,Kg.Kubang Sawa dan Kg.Simpangan yang kini dilanda banjir besar mulai 16 Des 2007.Semua kampung ini mulai tenggelam pada hari Ahad 16 Des 2007 dan mencapai tahap bahaya pada 17 Des.Beratus-ratus keluarga telah berpindah ke Pusat Pemindahan Banjir iaitu di SK.Geting,SK.Bunuhan dan SK.Chabang Empat.Sehingga petang ini 17 Des, mangsa-mangsa banjir masih lagi berpindah ke pusat-pusat pemindahan.Banyak rumah pelajar SMK Chabang 4 yang tinggal di kampong2 berkenaan telah dinaiki air dan ada yang telah berpindah bersama keluarga ke pusat pemindahan.Bukan pelajar sahaja yang pindah,guru-guru SMK Chabang 4 yang rumah mereka turut ditenggelami air juga berpindah(Sabar kepada Ust.Kamaruddin yang turut berpindah ke pusat pemindahan di SK.Chabang 4 dan meninggalkan rumah serta kereta yang telah ditenggelami air)
Pesanan kepada semua yang terlibat dengan banjir, awas dan berhati-hatilah ketika melakukan sesuatu dalam banjir.Jangan sampai taruhan nyawa.Kepada mereka yang berpindah ke pusat pemindahan banjir, harap bersabar dan terimalah apa yang berlaku ini adalah Kehendak Allah S.W T dan kita bertawakkallah kepadaNya.
Gambar-gambar banjir sekitar Tumpat melalui pautan di bawah:
http://banjirdis07.kokpasir.com/ (Banjir sekitar Sg.Pinang, Kok Majid,Kg.Laut) dan
http://banjirdis.kokpasir.com/ ( Banjir sekitar Tumpat)
--
Wazam

29 November, 2007

ANGKASA WANZ

Orang Kelantan ramai yang hampir menjadi Angkasawan.....Gelaran wan sudah ada cuma ingin mendapat gelaran angkasa jer lagi...hehehe.Lawatilah selalu http://wazam.blogspot.com

--
Wazam

26 November, 2007

GOTONG ROTONG MEMBINA LALUAN PELAJAR

Gambar menunjukkan pekerja-pekerja SMK.Chabang Empat sedang bergotong royong membina laluan jalan kaki pelajar-pelajar.Tahun 2008 adalah tahun keselamatan dan kecerian sekolah kami.

--
Wazam

BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING

"Semangat beginilah yang kita mahu,bekerjasama dan bertimbangrasa tanpa ada keluhan dan rungutan semasa bekerja, barulah sekolah kita bersih, ceria dan selamat" mungkin itu yang hendak diperkatakan oleh Pengetua Tn.Hj Khairul kepada pekerja-pekerja sekolah.

Wazam

24 November, 2007

MULA PEMALUAN DI HADAPAN PENGANTIN

Pemaluan yang kemas dan nyaring daripada Pasukan Kompang menanda pengantin lelaki bersedia ke rumah pengantin perempuan .Orang Kelantan panggil(Belarak) iaitu rombongan lelaki bersama pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan dalam Majlis Perkahwinan.

--
Wazam
  *****

RENTAK IRAMA PALUANG KOMPANG

Pasukan Kompang sedang mengiringi pengantin ke Pentas Persandingan di Tmn Nurinsyah,Panji Pengkalan Chepa petang tadi 24 NOV 2007 tepat jam 3 ptg.Setiap ahli kompang dapat saguhati yang diberi oleh pihak pengantin perempuan."Boleh lah buat topup telepon hehhee...tak makan pun tak apa asal telepon bunyi"...kata salah seorang ahli kompang tersebut.Itulah remaja zaman sekarang, tapi aktiviti ini amat baik berbanding remaja yang suka melepak di jalanan...Terima kasih Pasukan Kompang SMKCE.

--
Wazam
  *****

PASUKAN KOMPANG SMK CHABANG 4 TUMPAT

Pasukan Kompang SMK.Chabang Empat bergambar kenangan sebelum persembahan mengiringi pengantin di Taman Nurisyah, Panji,Pengkalan Chepa.Bersama dalam gambar ialah PK.Kokurikulum,En Mohd Azmi Awang(Berdiri tiga dari kiri) dan Pengurus Pasukan Kompang Sekolah, En.Wan Zamri Wan Ibrahim(Berdiri lima dari kiri)

--
Wazam
  *****

22 November, 2007

ANTARA GURU-GURU YANG HADIRI TAKLIMAT PERANCANGAN STRATEGIK

Antara guru-guru yang hadiri Taklimat Perancangan Strategik asyik mendengar dan mengambil isi taklimat bagi melancarkan pembikinan Buku Perancangan Strategik.

--
Wazam
  *****
("o  o")
    V
m,    ,m

mm   mm

TAKLIMAT PERANCANGAN STRATEGIK OLEH PENGETUA

Tn.Hj Khairul sedang memberi taklimat yang padat,tepat dan betul berkenaan Perancangan Strategik kepada guru-guru yang hadir pada pagi tadi 18 NOV 2007

--
Wazam
  *****
("o  o")
    V
m,    ,m

mm   mm

16 November, 2007

MORNING PRAY

Pelajar-pelajar tingkatan Enam juga tidak ketinggalan bersama Guru Kanan Pn.Hjh Siti Aminah memberi taklimat terakhir sebelum pelajar-pelajar menduduki pepreriksaan STPM.Amalan beginilah yang akan memberi perangsang kepada pelajar untuk maningkatkan semangat untuk berjuang dalam peperiksaan yang akan berlangsung 3 hari lagi....."Tiada alasan untuk kita gagal kalau kita sudah berusaha"

TAKLIMAT SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN

Pengetua dan beberapa guru sedang memberi amanat terakhir kepada pelajar-pelajar SPM 2007sebelum mereka masuk ke dewan peperiksaan.Motivasi dan amanat terakhir mampu mengubah emosi dan minda pelajar ke arah menjawab lebih baik dan berkesan.

Cenderahati Sekolah kepada YB Hj Noor Zahidi

Tn.Hj Khairul Anwar Khairuddin ,(pengetua) menyampaikan cenderahati kenangan kepada YB Hj. Noor Zahidi Hj Omar dalam majlis mesyuarat agung PIBG baru-baru ini.. Terima kasih YB.  

14 November, 2007

PASUKAN KOMPANG SEKOLAH

Pasukan Kompang sekolah kita tak ada masa sekarang ini kerana penih dengan jemputan persembahan mengiringi pengantin.Pada 18 NOV 2007 sambut pengantin lelaki di Kenduri Kg.Bunuhan dekat Balai Polis.Pada 24 NOV 2007 pula jemputan di Panji Kota Bharuuu...Nampaknya pasukan kompang kita dah mula menjual nama hingga ke Kota Bharu dahhh...Terima Kasih semua....Wazam.

13 November, 2007

KENANGAN ABADI

Semoga gambar ini akan menjadi kenangan abadi kepada rakan-rakan bertiga apabila:
 
a) Dato' Maliki masuk U, Datin berdua ditinggal-tinggalkan
b) Datin Zerra dan Datin Sally masuk U, Dato Maliki kena bye-bye
c) Ketiga-tiga masuk U, maka jumpalah mereka di alam Kampus...dan selamat tinggal SMKCE, Jasamu tidak akan dilupakan!

12 November, 2007

DUA SEKAWAN

" haiii... Due sekawan ni sedang buat ape khusyuk sgt ngn laptop sekolah tu..... Siap Headset lagi ni, main chatting ekkk..." Gunalah kemudahan komputer yang ada di sekolah seoptimum mungkin kerana selepas alam persekolahan, semuanya kena DIBAYAR !

10 November, 2007

REHAT

Sempat juga berhenti rehat di Pantai Penarik sebelum menghirup tea panas dan makang kerpok lekor.

TERIMA SIJIL

Majlis penutup kursus diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan.

09 November, 2007

GURU KITA

Ketika pembentangan hasil kerja

BERGAMBAR KENANGAN

Ckg Wan Zamri (berbaju biru)bergambar kenangan selepas sesi perbentengan kumpulan pada hari terakhir kursus.Sedang membentangkan isu dalam kajian tindakan(Gambar

07 November, 2007

KURSUS KAJIAN TINDAKAN DI PARK INN K.TRG

Kumpulan 8 yang berjaya mempersembahkan contoh Kajian Tindakan terbaik dalam kursus tersebut.Pembentang kumpulan ini ialah En.Wan Zamri dari SMK.Chabang Empat Tumpat.Kursus yang diadakan selama 4 hari bermula pada 4 NOV - 7 NOV 2007 .

06 November, 2007

Majlis Penutup Program memetik bintang

Majlis penutup Program Memetik Bintang SPM 2007 yang diadakan di Pondok Darul Hanan Selehor ditutup oleh Tn Pengetua SMKCE Tn Hj Khairul Anwar Khairuddin pada 3 NOV 2007

05 November, 2007

IBUBAPA DAN AJK PIBG

Antara AJK PIBG dan ibubapa yang hadir dalam mesyuarat agung PIBG 2007

HASIL KERJA KURSUS KAJIAN TINDAKAN

Kursus Kajian Tindakan Sek.Men Rendah Peringkat Negeri Kelantan diadakan 4-7 NOV 2007 di Permai Park Inn, Kuala Terengganu.SMK.Chabang Empat dihadiri oleh En.Wan Zamri Wan Ibrahim.Hasil kursus tersebut, siap dan diterjemahkah sepertimana dalam Lampiran

03 November, 2007

Penceramah Sains

Penceramah pertama sedang mencungkil ilmu cara menjawab soalan sains SPM.Pelajar pula macamana? Boleh terima ker?

Program memetik Bintang SPM

Program diadakan pada 1 NOV 2007 di Darul Hanan Kok Pasir.Seramai 94 pelajar menyertai program ini.

02 November, 2007

ALAHAI MEK KETUPAT

Tengok tu,Zuliana sorang jer pandai anyam ketupat Kelas 3A, pelajar lain semua tak pandai......tapi ingat ada seorang lagi yang pandai lagi daripada Zuliana........Tgk kat dada dia tu sempat siap 5 biji dalam masa 5 minittttt..wowwww magic laaa cikgu niiiiiii...

3A DALAM KENANGAN

Wah! Kalau nak bergambar dgn cikgu malau-malu pulak, tapi kalau ada perempuan sekali tak bagi cikgu duduk tengah,nak kehe juga supaya cikgu duduk tepi......Nak tahu tak pelajar lelaki kelas ni perasan belaka...dah la makan banyak masa jamuan akhir tahun tu.

TAKLIMAT TN.HJ KHAIRUL

Tn.Hj Khairul Anwar sedang memberi taklimat kepada Jemaah Nazir (JUSA C)tentang kekuatan dan kemajuan Sekolah Menengah Chabang Empat,Tumpat.Beliau kini telah lulus dan telah dinaikkan ke jawatan Pengetua DG 52.Tahniah dan Syabas!

01 November, 2007

BERGAMBAR KENANGAN DI IPKB

Bergambar kenangan guru-guru bersama Pengarah IPKB.

GOTONG ROYONG PERDANA

Tn.Hj Shafie Husin,PPD Pasir Mas-Tumpat sedang menanam pokok Pinang sebagai tanda kenangan dalam Majlis Perasmian Gotong-Royong Perdana Derah Tumpat di SMk Chabang Empat.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tn.Hj Khairul Anwar Khairuddin,Pengetua SMK. Chabang Empat dan Ketua sektor di PPD.

SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU 2007

Persembahan tarian oleh pelajar Thai memeriahkan lagi acara sambutan.

30 Oktober, 2007

GURU MAIN TIPU

Mengikut Buletin Utama 8.00 mlm Azman Yah nak tumbuk Mazlan katanya Mazlan tipu tarik tali, dia guna Kudanya di belakang

HARI KELUARGA SMKCE

Salah satu acara pada hari keluarga,Boling Kelapa......tak ada yang menang sebab pengadil main tipu....Puak dia saja menang

Cenderahati

Cenderahati di sampaikan oleh Tn.Hj Khairul Anwar Khairuddin kepada Tn.hj Salahuddin

Kursus profesional staf

Kursus Profesional Staf telah berjaya di adakan di IPKB pada 14 JULAI 2007.Kursus ini telah dihadiri oleh semua guru seramai 142 org dan dirasmikan oleh Tn.Hj Salahuddin Ab.Wahab,Pengarah IPKB.

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONAL STAF DI IPKB

Kursus Peningkatan Profesional Staf telah berjaya di adakan di Institut Perguruan Kota Bharu pada 14 JULAI 2007.Kursus yang dihhadiri oleh 141 guru telah dirasmikan oleh Tn.Hj salahuddin Ab.Wahid ,Pengarah IPKB.

29 Oktober, 2007

Bersalaman dengan pelajar-pelajar

Tn.Hj Khairul bersalaman dengan pelajar-pelajar dalam suasana yang meriah dan gembira

Majlis Sambutan Hari raya SMKCE 2007

Sambutan Hari Raya peringkat sekolah diadakann pada 24 OKT 2007 amat meriah sekali.Majlis yangberlangsng di Dewan Sekolah dalam suasana gembira dimana pelajar-pelajar mengenakan pakaian hari raya masing-masing..Pelajar sesama pelajaran guru saling bermaaf-maafan.Kuih-muih dan biskut yang dibawa oleh pelajar dan guru disusun rapi dan cukup untuk diraikann dalamm majlis tersebut.

28 Oktober, 2007

Majlis Raya smkce

Pengetua bersama pelajar-pelajar dalam majlis sambutan hari raya aidilfitri 2007

KEHADIRAN JAMUAN MEMUASKAN

SELAMAT MENJAMU SELERA.....

DUA SAHABAT

Tn.Hj Khairul Anwar Khairuddin dan Tn.Hj Ghazali Abd.Rahman

UCAPAN TIMBALAN PENGARAH JPN KELANTAN

Dalam ucapan Timbalan Pengarah, Tn.Hj Ghazali Abd.Rahman, beliau banyak menekankan kepada komitmen dan keikhlasan guru-guru dan kesungguhan pelajar-pelajar bagi menzahirkan kecemerlangan dan kegemilangan sekolah.
 
Kami warga SMKCE mengucapkan ribuah terima kasih kepada Timbalan Pengarah JPN Kelantan yang sudi meluangkann masa untuk bersama-sama dalam Majlis jamuan akhir tahun.

JAMUAN AKHIR TAHUN SMKCE 2007

Jamuan akhir tahun Kelab Guru dan kakitangan telah berjaya diadakan di Restoran New Horrison Kota Bharu pada 27 OKT 2007.Majlis makan malam itu turut dihadiri oleh Tam.Pengarah Pelajaran Kelantan dan Pegawai Pelajaran Daerah PM-T
Majlis dimeriahkan lgi dgn cabutan bertuah Hamper.Majlis selesai 11.00 mlm dgn suasana guru-guru kenyang dan gembira,manakala guru-guiru yg tidak bertuah mungkin membeli hamper di supermarket sebab takut anak-anak mengamuk mahu hamperrrr......