SALURAN INFORMASI SEKOLAH TERKINI.MEMUATKAN BERITA SEKOLAH ,GAMBAR, AKTIVITI,LAPORAN DAN MAKLUMAT PENTING YANG BERLAKU DI SEKOLAH DAN JUGA HAL-HAL YANG BERKAITAN DENGANNYA...( Sila buka speaker untuk mendengar radio pilihan anda)
KOMSAS TINGKATAN 4

03 November, 2007
Penceramah Sains
Penceramah pertama sedang mencungkil ilmu cara menjawab soalan sains SPM.Pelajar pula macamana? Boleh terima ker?
02 November, 2007
ALAHAI MEK KETUPAT
Tengok tu,Zuliana sorang jer pandai anyam ketupat Kelas 3A, pelajar lain semua tak pandai......tapi ingat ada seorang lagi yang pandai lagi daripada Zuliana........Tgk kat dada dia tu sempat siap 5 biji dalam masa 5 minittttt..wowwww magic laaa cikgu niiiiiii...
3A DALAM KENANGAN
Wah! Kalau nak bergambar dgn cikgu malau-malu pulak, tapi kalau ada perempuan sekali tak bagi cikgu duduk tengah,nak kehe juga supaya cikgu duduk tepi......Nak tahu tak pelajar lelaki kelas ni perasan belaka...dah la makan banyak masa jamuan akhir tahun tu.
TAKLIMAT TN.HJ KHAIRUL
Tn.Hj Khairul Anwar sedang memberi taklimat kepada Jemaah Nazir (JUSA C)tentang kekuatan dan kemajuan Sekolah Menengah Chabang Empat,Tumpat.Beliau kini telah lulus dan telah dinaikkan ke jawatan Pengetua DG 52.Tahniah dan Syabas!
01 November, 2007
GOTONG ROYONG PERDANA
Tn.Hj Shafie Husin,PPD Pasir Mas-Tumpat sedang menanam pokok Pinang sebagai tanda kenangan dalam Majlis Perasmian Gotong-Royong Perdana Derah Tumpat di SMk Chabang Empat.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tn.Hj Khairul Anwar Khairuddin,Pengetua SMK. Chabang Empat dan Ketua sektor di PPD.
30 Oktober, 2007
GURU MAIN TIPU
Mengikut Buletin Utama 8.00 mlm Azman Yah nak tumbuk Mazlan katanya Mazlan tipu tarik tali, dia guna Kudanya di belakang
HARI KELUARGA SMKCE
Salah satu acara pada hari keluarga,Boling Kelapa......tak ada yang menang sebab pengadil main tipu....Puak dia saja menang
Kursus profesional staf
Kursus Profesional Staf telah berjaya di adakan di IPKB pada 14 JULAI 2007.Kursus ini telah dihadiri oleh semua guru seramai 142 org dan dirasmikan oleh Tn.Hj Salahuddin Ab.Wahab,Pengarah IPKB.
KURSUS PENINGKATAN PROFESIONAL STAF DI IPKB
Kursus Peningkatan Profesional Staf telah berjaya di adakan di Institut Perguruan Kota Bharu pada 14 JULAI 2007.Kursus yang dihhadiri oleh 141 guru telah dirasmikan oleh Tn.Hj salahuddin Ab.Wahid ,Pengarah IPKB.
29 Oktober, 2007
Majlis Sambutan Hari raya SMKCE 2007
Sambutan Hari Raya peringkat sekolah diadakann pada 24 OKT 2007 amat meriah sekali.Majlis yangberlangsng di Dewan Sekolah dalam suasana gembira dimana pelajar-pelajar mengenakan pakaian hari raya masing-masing..Pelajar sesama pelajaran guru saling bermaaf-maafan.Kuih-muih dan biskut yang dibawa oleh pelajar dan guru disusun rapi dan cukup untuk diraikann dalamm majlis tersebut.
28 Oktober, 2007
UCAPAN TIMBALAN PENGARAH JPN KELANTAN
Dalam ucapan Timbalan Pengarah, Tn.Hj Ghazali Abd.Rahman, beliau banyak menekankan kepada komitmen dan keikhlasan guru-guru dan kesungguhan pelajar-pelajar bagi menzahirkan kecemerlangan dan kegemilangan sekolah.
Kami warga SMKCE mengucapkan ribuah terima kasih kepada Timbalan Pengarah JPN Kelantan yang sudi meluangkann masa untuk bersama-sama dalam Majlis jamuan akhir tahun.
JAMUAN AKHIR TAHUN SMKCE 2007
Jamuan akhir tahun Kelab Guru dan kakitangan telah berjaya diadakan di Restoran New Horrison Kota Bharu pada 27 OKT 2007.Majlis makan malam itu turut dihadiri oleh Tam.Pengarah Pelajaran Kelantan dan Pegawai Pelajaran Daerah PM-T
Majlis dimeriahkan lgi dgn cabutan bertuah Hamper.Majlis selesai 11.00 mlm dgn suasana guru-guru kenyang dan gembira,manakala guru-guiru yg tidak bertuah mungkin membeli hamper di supermarket sebab takut anak-anak mengamuk mahu hamperrrr......
SELAMAT DATANG KE BLOG BARU SMKCE
Blog smkce ini adalah ruang saluran maklumat terkini aktiviti-aktiviti dan program sekolah.Semoga anda memperolehi maklumat terkini dari blog rasmi sekolah anda!
Wazam
PSS smkce 2007
Langgan:
Catatan (Atom)