KOMSAS TINGKATAN 4

KOMSAS TINGKATAN 4

17 Disember, 2007

BANJIR DI BDG PAKYONG,T.JERING,KJG SEBIDANG,SIMPANGAN, KBG SAWA,JAL BESAR

Sungguh sedih tahun ini bagi penduduk di daerah Kg.Cherang Melintang,Kg.T.Jering,Kg,Kajang Sebidang,Kg.Bendang Pakyong,Kg.Kubang Sawa dan Kg.Simpangan yang kini dilanda banjir besar mulai 16 Des 2007.Semua kampung ini mulai tenggelam pada hari Ahad 16 Des 2007 dan mencapai tahap bahaya pada 17 Des.Beratus-ratus keluarga telah berpindah ke Pusat Pemindahan Banjir iaitu di SK.Geting,SK.Bunuhan dan SK.Chabang Empat.Sehingga petang ini 17 Des, mangsa-mangsa banjir masih lagi berpindah ke pusat-pusat pemindahan.Banyak rumah pelajar SMK Chabang 4 yang tinggal di kampong2 berkenaan telah dinaiki air dan ada yang telah berpindah bersama keluarga ke pusat pemindahan.Bukan pelajar sahaja yang pindah,guru-guru SMK Chabang 4 yang rumah mereka turut ditenggelami air juga berpindah(Sabar kepada Ust.Kamaruddin yang turut berpindah ke pusat pemindahan di SK.Chabang 4 dan meninggalkan rumah serta kereta yang telah ditenggelami air)
Pesanan kepada semua yang terlibat dengan banjir, awas dan berhati-hatilah ketika melakukan sesuatu dalam banjir.Jangan sampai taruhan nyawa.Kepada mereka yang berpindah ke pusat pemindahan banjir, harap bersabar dan terimalah apa yang berlaku ini adalah Kehendak Allah S.W T dan kita bertawakkallah kepadaNya.
Gambar-gambar banjir sekitar Tumpat melalui pautan di bawah:
http://banjirdis07.kokpasir.com/ (Banjir sekitar Sg.Pinang, Kok Majid,Kg.Laut) dan
http://banjirdis.kokpasir.com/ ( Banjir sekitar Tumpat)
--
Wazam