KOMSAS TINGKATAN 4

KOMSAS TINGKATAN 4

27 Disember, 2007

PELAJAR CEMERLANG 9A PMR 2007

Siti Solehah Bt Abdullah dari kelas 3Arif merupakan pelajar cemerlang 9A PMR 2007. Beliau amat sedih dan terharu kerana tidak dapat berkongsi bersama kecemerlangan yang diperolehinya bersama ayahandanya yang tercinta yang telah kembali kerahmatullah pada awal tahun ini.Inilah berkat dan doa iringan daripada ibunya yang amat disayangi,ahli-ahli keluarga,guru-guru dan rakan-rakan seperjuangannya menjadikan beliau pelajar cemerlang PMR tahun ini. 
 
Wazam

TAHNIAH DAN SYABAS PIHAK SEKOLAH KEPADA PELAJAR CEMERLANG

Tn.Hj Rasid Ali(PK HEM)mewakili Pengetua menyampaikan Slip PMR kepada Adik Siti Solehah Bt Abdullah,Pelajar cemerlang 9A .Beliau sejak awal tahun lagi telah dikesan memiliki keupayaan dan kemampuan untuk menjadi pelajar cemerlang PMR tahun ini. Tahniah dan syabas sekali lagi daripada Guru-guru dan Pentadbir Sekolah.

--
Wazam

KEGEMBIRAAN SEORANG IBU TUNGGAL

Betapa gembira seorang ibu tunggal hingga melinangkan air mata apabila mendapati anaknya ,Siti Solehah Abdullah terbaik dalam PMR di SMk Chabang Empat ,yang menangis antara kegembiraan dan kesedihan.

--
Wazam

ANTARA PELAJAR CEMERLANG

Adik Norlida mendapat 8A 1B gembira bersama kawan-kawan selepas mengambil keputusan.

Azlina tumpang senyum sebab Norlida tu geng baik sementara Wanis tu pulak tergagap-gagap nak sebut keputusan orang kerana terlalu gembira bila semua telah berjaya.....hehehe.

--
Wazam

SUASANA KETIKA MENGAMBIL SLIP PMR


Pelajar-pelajar tak sabar nak tahu keputusan mereka.......bila dah dapat ada 2 keadaan....1st melompat kegembiraan, 2nd meluru keluar dari kelas...tahu2 la sbb apa tuuuu....hehehe
--
Wazam

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PMR 2007

Pengetua Tn Hj Khairul Anwar Khairuddin sedang mengumumkan keputusan PMR kepada pelajar dan guru.

--
Wazam

DEBARAN KETIKA MENUNGGU KEPUTUSAN DIUMUMKAN

Pelajar-pelajar yang hadir untuk menerima keputusan peperiksaan PMR sentiasa ceria dan gembira seolah-oleh telah tahu kejayaan mereka meningkatkan pencapaian dan kedudukan ranking sekolah dalam PPD P.Mas Tumpat
 


--
Wazam

KEPUTUSAN PMR 2007 SMK.Chabang Empat Tumpat Kelantan

Keputusan PMR 2007 SMK.Chabang Empat Tumpat :

PMR 62.39 %( Meningkat 12.39 %)
berbanding tahun 2006 (51.0 %)

Kedudukan dalam PPD Pasir Mas-Tumpat : Ke 11 daripada 28 buah sekolah menengah
Kedudukan Lompatan saujana : No. 3 tertinggi

Tahniah dan Syabas kepada semua pelajar T3 tahun 2007, guru-guru Ting3 dan Pentadbir khususnya Pengetua Tn.Hj Khairul Anwar Khairuddin atas kejayaan dan kecemerlangan SMKCE tahun ini.

SYABAS DAN TAHNIAH!

--
Wazam