KOMSAS TINGKATAN 4

KOMSAS TINGKATAN 4

05 Mac, 2008

Bagunan MPV


SMKC4 telah mendapat bangunan baru MPV yang kini baru dalam pembinaan.Sebuah bangunan 4 bilik darjah dikhaskan untuk kursus Pendawaian Elektrik Domestik


wazam
. .

" V "

24 Februari, 2008

ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG

SMK.CHABANG EMPAT sekali lagi mendapat pengiktirafan pihak kementerian
pelajaran apabila Sekolah ini dicalonkan untuk Kategori Sekolah
Cemerlang pada tahun ini.Maka sebagai persiapan untuk mendapat
pengiktirafan tersebut,semua warga guru,pelajar dan kakitangan sekolah
haruslah bersepakat melakukan sesuatu dgn penuh bertanggungjawab dan
rasa gembira ......inilah peluang yang patut disahut oleh warga
SMKCE.....wazam belum buat apa-apa lagi eh..hehehehe....
Wazam

22 Februari, 2008

GERAI JUALAN KELAB PUSAT SUMBER SEKOLAH

SELAMAT DATANG  Ke Berai Kelab Pusat Sumber Sekolah pada setiap Hari Sabtu Hari Kokurikulum sekolah.Kami menjual pelbagai jenis makanan dan minuman bermula jam 9.00 - 1.00 ptg.Lokasi gerai Kelab PSS ialah di Lot Tepi Garaj Motosikal Pelajar setentang pintu masuk no.2.
 
Semua dijemput berkunjung dan membeli makanan yang dijual dengan harga patut!......
 
AMARAN KERAJAAN SMKCE: Membeli di Kedai di Luar Pagar Sekolah adalah DiLarang sama sekali demi menjaga keselamatan pelajar daripada melintas jalan besar untuk membeli makanan/minuman.....Tapi nak membeli,kenalah beli di gerai Harga Patut iaitu Gerai Kelab Pusat Sumber Sekolah..hehehehe.

--
Wazam

21 Februari, 2008

MAJLIS PENYAMPIAN WANG EHSAN

Majlis yang berjalan secara baik tetapi terlalu ramai penerima
menyebabkan dewan dan kawasan sekitar sekolah penuh sesak.

--
Wazam

BANTUAN WANG EHSAN MANGSA BANJIR FASA 2

Bantuan Wang Ehsan Mangsa Banjir fasa 2 telah diadakan di SMk Chabang
Empat Tumpat pada 19 Feb 2008 bertempat di Dewan Tok Beta.Seramai 5400
penerima mendapat bantuan tersebut.Majlis yang bermula pada pukul
11.00 pg telah berlarutan sehingga pkul 2.00 pg
keesokannya....Sejumlah hampir 2.5 juta ringgit di agihkan pada hari
tersebut.Majlis penyampain itu disempurnakan oleh Pengarah Majlis
Keselamatan Negara.

--
Wazam

17 Februari, 2008

THE BEST BOWLER KRIKET MSSM KELANTAN 2008

Mohd. Tarikha Kamaruddin dari SMK.Chabang Empat,Tumpat,Kelantan dianugerahkan The Best Bowler Kriket MSSM Kelantan tahun 2008.Tahniah dan Syabas diucapkan daripada semua guru dan pelajar SMKC4.
--
Wazam

12 Februari, 2008

PAPARAN DALAM BULETIN UTAMA

Paparan ucapan Dato' Sri Najib Tun Razak dalam Buletin Utama Jam 8 mlm hari lawatan tersebut

--
Wazam

10 Februari, 2008

SELAMAT DATANG PENGARAH PELAJARAN KELANTAN

Tn.Hj Khairul Anwar mengiringi Tn.Hj Ismail,Pengarah Pelajaran
Kelantan ke meja sarapan pagi..

--
Wazam

HELIKOPTER Y.A.B TIMBALAN PERDANA MENTERI SEDANG MENDARAT

Sebanyak 4 buah helikopter turun serentak di padang sekolah .Orang
ramai berpusu-pusu melihat lebih dekat lagi orang no.2 negara turun
dari helikopter tersebut.....wazam pun tak lepas nak tengok dari
dekat!

--
Wazam

09 Februari, 2008

PENGETUA MENGIRINGI TIMBALAN PERDANA MENTERI

Tn.Hj Khairul Anwar mengiringi Dato Seri Najib ke pentas Dewan Tok
Beta,SMK.Chabang Empat setibanya dari Helikopter yang turun di padang
sekolah.

--
Wazam

PENYAMPAIAN WANG EHSAN

Dato Seri Najib menyampaikan wang Ehsan hanya kepada 50 mangsa banjir
dan selebihnya 950 orang lagi disampaikan selepas majlis tersebut.

--
Wazam

HADIRIN DALAM MAJLIS BANTUAN MANGSA BANJIR

Hadirin yang berada di dalam dan di luar dewan dianggarkan lebih 5
ribu orang termasuk penerima bantuan wang ehsan.

--
Wazam

SELESAI JAMUAN TENGAHARI

Y.A.B Dato Seri Najib diiringi oleh Pengiring peribadi turun dari
bilik jamuan ke kereta untuk tugas seterusnya.

--
Wazam

TERIMA KASIH DATO' SERI

Tn.Hj Khairul Anwar Khairuddin, Pengetua SMK.Chabang Empat mengutus
ucapan terima kasih kepada YAB Dato Seri Najib sebelum Dato' Seri
bertolak ke majlis seterusnya di Kota Bharu.

--
Wazam

05 Februari, 2008

SELAMAT DATANG DATO' SERI NAJIB TUN RAZAK

Selamat Datang Dato' Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri
Malaysia ke SMK.Chabang Empat,Tumpat,Kelantan pada 9 FEB 2008 jam 2.00
ptg.Kami warga SMK.Chabang Empat amat berasa bangga dan terharu kerana
memilih sekolah kami sebagai pentas untuk program Bantuan Mangsa
Banjir Daerah Tumpat.--
Wazam

30 Januari, 2008

AJK YG BERTANGGUNGJAWAB

Bila arahan diterima,tugas diberi,maka AJK dah tak sabar-sabar nak
jalankan aktiviti yang dirancangkan.......yer ker kot2 sdg tunggu nak
balik cepat ni.....hah?

--
Wazam

KELAB PUSAT SUMBER SEKOLAH

FITRIYANA ,Setiausaha kelab sedang memberi penerangan dan peraturan2
dalam aktiviti Kelab PSS....hai..naper hela tu nampak ketar2....ha?

--
Wazam

29 Januari, 2008

LATIHAN RUMAH SUKAN

LATIHAN RUMAH SUKAN SETIAP MINGGU
 
ISNIN      - Rumah Sukan WAJA dan WIRA
SELASA  - Rumah Sukan SATRIA Dan  PUTRA
 
Masa       -  4.00 ptg hingga 6.00 ptg
 
 
Semua pelajar wajib hadiri latihan pada hari dan masa yang ditetapkan.
 
Jadikan smkce  Persada Gemilang

--
Wazam

25 Januari, 2008

EJA

Puteri Eja......Pengawas PSS 2008
--
Wazam

10 Januari, 2008

TAHUN BARU HIJRAH 1429

SELAMAT TAHUN  BARU HIJRAH 1429
Kepada semua Umat Islam seluruh dunia,dan khususnya Warga SMKCE yang sedang membentuk dan menuju ke arah Pendidikan Modal Insan .
--
Wazam

31 Disember, 2007

Selamat Tahun Baru 2008


SELAMAT TAHUN BARU 2008
 
Kepada
 
Semua Warga SMKCE,
Bekas-bekas Guru dan staff sokongan SMKCE
Bekas-bekas pelajar SMKCE di IPTA dan IPTS
Bekas-bekas pelajar SMKCE yang lain
dengan ucapan
Tahun Baru Azam Baru menjanjikan
SMKCE  PERSADA GEMILANG SOKMO

Wazam

27 Disember, 2007

PELAJAR CEMERLANG 9A PMR 2007

Siti Solehah Bt Abdullah dari kelas 3Arif merupakan pelajar cemerlang 9A PMR 2007. Beliau amat sedih dan terharu kerana tidak dapat berkongsi bersama kecemerlangan yang diperolehinya bersama ayahandanya yang tercinta yang telah kembali kerahmatullah pada awal tahun ini.Inilah berkat dan doa iringan daripada ibunya yang amat disayangi,ahli-ahli keluarga,guru-guru dan rakan-rakan seperjuangannya menjadikan beliau pelajar cemerlang PMR tahun ini. 
 
Wazam

TAHNIAH DAN SYABAS PIHAK SEKOLAH KEPADA PELAJAR CEMERLANG

Tn.Hj Rasid Ali(PK HEM)mewakili Pengetua menyampaikan Slip PMR kepada Adik Siti Solehah Bt Abdullah,Pelajar cemerlang 9A .Beliau sejak awal tahun lagi telah dikesan memiliki keupayaan dan kemampuan untuk menjadi pelajar cemerlang PMR tahun ini. Tahniah dan syabas sekali lagi daripada Guru-guru dan Pentadbir Sekolah.

--
Wazam

KEGEMBIRAAN SEORANG IBU TUNGGAL

Betapa gembira seorang ibu tunggal hingga melinangkan air mata apabila mendapati anaknya ,Siti Solehah Abdullah terbaik dalam PMR di SMk Chabang Empat ,yang menangis antara kegembiraan dan kesedihan.

--
Wazam

ANTARA PELAJAR CEMERLANG

Adik Norlida mendapat 8A 1B gembira bersama kawan-kawan selepas mengambil keputusan.

Azlina tumpang senyum sebab Norlida tu geng baik sementara Wanis tu pulak tergagap-gagap nak sebut keputusan orang kerana terlalu gembira bila semua telah berjaya.....hehehe.

--
Wazam

SUASANA KETIKA MENGAMBIL SLIP PMR


Pelajar-pelajar tak sabar nak tahu keputusan mereka.......bila dah dapat ada 2 keadaan....1st melompat kegembiraan, 2nd meluru keluar dari kelas...tahu2 la sbb apa tuuuu....hehehe
--
Wazam

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PMR 2007

Pengetua Tn Hj Khairul Anwar Khairuddin sedang mengumumkan keputusan PMR kepada pelajar dan guru.

--
Wazam

DEBARAN KETIKA MENUNGGU KEPUTUSAN DIUMUMKAN

Pelajar-pelajar yang hadir untuk menerima keputusan peperiksaan PMR sentiasa ceria dan gembira seolah-oleh telah tahu kejayaan mereka meningkatkan pencapaian dan kedudukan ranking sekolah dalam PPD P.Mas Tumpat
 


--
Wazam

KEPUTUSAN PMR 2007 SMK.Chabang Empat Tumpat Kelantan

Keputusan PMR 2007 SMK.Chabang Empat Tumpat :

PMR 62.39 %( Meningkat 12.39 %)
berbanding tahun 2006 (51.0 %)

Kedudukan dalam PPD Pasir Mas-Tumpat : Ke 11 daripada 28 buah sekolah menengah
Kedudukan Lompatan saujana : No. 3 tertinggi

Tahniah dan Syabas kepada semua pelajar T3 tahun 2007, guru-guru Ting3 dan Pentadbir khususnya Pengetua Tn.Hj Khairul Anwar Khairuddin atas kejayaan dan kecemerlangan SMKCE tahun ini.

SYABAS DAN TAHNIAH!

--
Wazam

17 Disember, 2007

BANJIR DI BDG PAKYONG,T.JERING,KJG SEBIDANG,SIMPANGAN, KBG SAWA,JAL BESAR

Sungguh sedih tahun ini bagi penduduk di daerah Kg.Cherang Melintang,Kg.T.Jering,Kg,Kajang Sebidang,Kg.Bendang Pakyong,Kg.Kubang Sawa dan Kg.Simpangan yang kini dilanda banjir besar mulai 16 Des 2007.Semua kampung ini mulai tenggelam pada hari Ahad 16 Des 2007 dan mencapai tahap bahaya pada 17 Des.Beratus-ratus keluarga telah berpindah ke Pusat Pemindahan Banjir iaitu di SK.Geting,SK.Bunuhan dan SK.Chabang Empat.Sehingga petang ini 17 Des, mangsa-mangsa banjir masih lagi berpindah ke pusat-pusat pemindahan.Banyak rumah pelajar SMK Chabang 4 yang tinggal di kampong2 berkenaan telah dinaiki air dan ada yang telah berpindah bersama keluarga ke pusat pemindahan.Bukan pelajar sahaja yang pindah,guru-guru SMK Chabang 4 yang rumah mereka turut ditenggelami air juga berpindah(Sabar kepada Ust.Kamaruddin yang turut berpindah ke pusat pemindahan di SK.Chabang 4 dan meninggalkan rumah serta kereta yang telah ditenggelami air)
Pesanan kepada semua yang terlibat dengan banjir, awas dan berhati-hatilah ketika melakukan sesuatu dalam banjir.Jangan sampai taruhan nyawa.Kepada mereka yang berpindah ke pusat pemindahan banjir, harap bersabar dan terimalah apa yang berlaku ini adalah Kehendak Allah S.W T dan kita bertawakkallah kepadaNya.
Gambar-gambar banjir sekitar Tumpat melalui pautan di bawah:
http://banjirdis07.kokpasir.com/ (Banjir sekitar Sg.Pinang, Kok Majid,Kg.Laut) dan
http://banjirdis.kokpasir.com/ ( Banjir sekitar Tumpat)
--
Wazam