KOMSAS TINGKATAN 4

KOMSAS TINGKATAN 4

29 Mac, 2008

PERARAKAN SUSUR KELUAR MELALUI JALAN BESAR

Perarakan bukan sahaja disertai oleh pelajar-pelajar tetapi turut disertai oleh Pasukan Badan Beruniform dan Persatuan dan Kelab
wazam
    .  .
  " V "

PERBARISAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH



Tahniah pasukan perarakan PSS kerana berjaya mendapat tempat ke-2 bagi katogeri Sepandok Terbaik.


wazam
. .
" V "

PERARAKAN MAULIDURRASUL PERINGKAT SEKOLAH



Perarakan Maulidurrasul yang diadakan pada 27 Mac 2008 melibatkan semua guru dan kakitangan,badan-badan beruniform dan pelajar-pelajar sesi pagi semkce....

wazam
. .
" V "

SAMBUTAN DI DEWAN

Majlis Sambutan Maulidurrasul di dewan berjaya di adakan dengan baik dan selesa....
wazam
    .  .
  " V "

NASYID MAULIDURRASUL

Kumpulan Nasyid yang diketuai oleh Adik Asmida Bt Halim.Terima kasih kepada Pn.Ustzh Syakimah,Ustzh Siti Radhiah dan Ustzh Wan Asiah atas usaha menjayakan kumpulan nasyid ini.
wazam
    .  .
  " V "

BELAKANG TABIR PERARAKAN

Macamana nak kawal perarakan kalau dah kenalk tinggal jauh di belakang.....nampaknya tahun depan kena bagi naik unta la puak-puak kita ni.Syakirah tidak boleh naik kerana tiada tangga di sediakan untuk panjat untaaaa...hehehe
wazam
    .  .
  " V "

SENYUMAN ITU ADALAH SEDEKAH



Senyuman yang manis itu tandanya hati senang tapi hati yang manis itu tandanya apa?....hehehehe terlebih tambah gula lerrrr...hehehe.Jadi Ana Wansuhana ni yang tersenyum manis tu maknanya terlebih apa?Hehehehe

wazam
. .
" V "

26 Mac, 2008

PASUKAN 15T

Pasukan Bola Baling 15T walaupun tidak memberi kemenangan dalam perlawanan kali ini tetapi mereka berjanji bahawa tahun hadapan kenemangan akan mereka miliki..........Buat betul2 tau.

--
Wazam

PASUKAN 18T SMKCE

Pasukan pemain Bola Baling sekolah.

--
Wazam

BOLA BALING 18P

Kehebatan pasukan Bola baling sekolah yang masih lagi tiada tanding kehebatannya.Semangat dan kesungguhan yang sentiasa diberi oleh pemain dan jurulatihnya amat bermakna sekiranya kemenangan itu menjadi milik kita!!!!!.....

--
Wazam

BOLA BALING LELAKI 18T

SMKCE terus bergaya dengan menjaringkan lebih banyak gol walaupun dalam keadaan padang becak akibat hujan lebat pada petang tadi.

--
Wazam

DO RE MI SMKCE

Do Re Mi ni bukan main galak lagi bila berada di padang.Tak boleh tengok ada kamera sikit mula nak posing.....he he he Cobaannnnnnnnnn.

--
Wazam

TUMPANG SEKAKI

Eh budak-budak berdua ni..tak boleh tengak orang senang ada-ada saje nak menumpangnya berpayung....hehehe

--
Wazam

23 Mac, 2008

PELAJAR CEMERLANG 9A

Siti Zulaikha, dari Kelas 5 Sains Hayat SMK Chabang Empat menerima slip Keputusan SPM daripada Pengetua,Tn.Hj Khairul Anwar Khairuddin.Beliau merupakan pelajar terbaik SPM 2007 dgn menperoleh 9A dalam keputusan yg diumumkan baru-baru ini.Tahniah dan Syabas!daripada semua guru dan pelajar SMKCE.
 
 
wazam
    .  .
  " V "

12 Mac, 2008

KEPUTUSAN SPM DAN STPM 2007

KEPUTUSAN STPM 2007 SMKC4
Peratus Lulus 97.3 %
 
KEPUTUSAN SPM 2007 SMKC4
Peratus Lulus 88.2 %(2006-83.3%)- Meningkat 5.2 %
9A-1 Orang
8A-1 Orang
Tahniah dan Syabas kepada semua guru yang membantu sekolah mencapai keputusan yang baik.Kepada pelajar-pelajar yang berjaya dalam SPM dan STPM tahun lepas,tahniah dan syabas,.!
 
 
 
wazam
    .  .
  " V "

10 Mac, 2008

KOLAM MINI

Sebuah kolam mini buatan yang kecil dan cantik berkonsep semulajadi terletak di antara blok A dan Blok B .
 
wazam
    .  .
  " V "

Laluan Ke Pusat Sumber Sekolah

Sekolah yang bersih dan indah menjadi kebanggaan warga SMKCE.Kawasan persekitaran Pusat Sumber Sekolah yang bersih dan ceria  menenang diri dan menarik minat pelajar-pelajar menggunakan perpustakaan sekolah......
 
wazam
    .  .
  " V "

Laluan Ke Pusat Sumber Sekolah

Sekolah yang bersih dan indah menjadi kebanggaan warga SMKCE.Kawasan persekitaran Pusat Sumber Sekolah yang bersih dan ceria  menenang diri dan menarik minat pelajar-pelajar menggunakan perpustakaan sekolah......
Laluan ke Perpustakaan
wazam
    .  .
  " V "

05 Mac, 2008

Bagunan MPV


SMKC4 telah mendapat bangunan baru MPV yang kini baru dalam pembinaan.Sebuah bangunan 4 bilik darjah dikhaskan untuk kursus Pendawaian Elektrik Domestik


wazam
. .

" V "

24 Februari, 2008

ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG

SMK.CHABANG EMPAT sekali lagi mendapat pengiktirafan pihak kementerian
pelajaran apabila Sekolah ini dicalonkan untuk Kategori Sekolah
Cemerlang pada tahun ini.Maka sebagai persiapan untuk mendapat
pengiktirafan tersebut,semua warga guru,pelajar dan kakitangan sekolah
haruslah bersepakat melakukan sesuatu dgn penuh bertanggungjawab dan
rasa gembira ......inilah peluang yang patut disahut oleh warga
SMKCE.....wazam belum buat apa-apa lagi eh..hehehehe....
Wazam

22 Februari, 2008

GERAI JUALAN KELAB PUSAT SUMBER SEKOLAH

SELAMAT DATANG  Ke Berai Kelab Pusat Sumber Sekolah pada setiap Hari Sabtu Hari Kokurikulum sekolah.Kami menjual pelbagai jenis makanan dan minuman bermula jam 9.00 - 1.00 ptg.Lokasi gerai Kelab PSS ialah di Lot Tepi Garaj Motosikal Pelajar setentang pintu masuk no.2.
 
Semua dijemput berkunjung dan membeli makanan yang dijual dengan harga patut!......
 
AMARAN KERAJAAN SMKCE: Membeli di Kedai di Luar Pagar Sekolah adalah DiLarang sama sekali demi menjaga keselamatan pelajar daripada melintas jalan besar untuk membeli makanan/minuman.....Tapi nak membeli,kenalah beli di gerai Harga Patut iaitu Gerai Kelab Pusat Sumber Sekolah..hehehehe.

--
Wazam

21 Februari, 2008

MAJLIS PENYAMPIAN WANG EHSAN

Majlis yang berjalan secara baik tetapi terlalu ramai penerima
menyebabkan dewan dan kawasan sekitar sekolah penuh sesak.

--
Wazam

BANTUAN WANG EHSAN MANGSA BANJIR FASA 2

Bantuan Wang Ehsan Mangsa Banjir fasa 2 telah diadakan di SMk Chabang
Empat Tumpat pada 19 Feb 2008 bertempat di Dewan Tok Beta.Seramai 5400
penerima mendapat bantuan tersebut.Majlis yang bermula pada pukul
11.00 pg telah berlarutan sehingga pkul 2.00 pg
keesokannya....Sejumlah hampir 2.5 juta ringgit di agihkan pada hari
tersebut.Majlis penyampain itu disempurnakan oleh Pengarah Majlis
Keselamatan Negara.

--
Wazam

17 Februari, 2008

THE BEST BOWLER KRIKET MSSM KELANTAN 2008

Mohd. Tarikha Kamaruddin dari SMK.Chabang Empat,Tumpat,Kelantan dianugerahkan The Best Bowler Kriket MSSM Kelantan tahun 2008.Tahniah dan Syabas diucapkan daripada semua guru dan pelajar SMKC4.
--
Wazam

12 Februari, 2008

PAPARAN DALAM BULETIN UTAMA

Paparan ucapan Dato' Sri Najib Tun Razak dalam Buletin Utama Jam 8 mlm hari lawatan tersebut

--
Wazam

10 Februari, 2008

SELAMAT DATANG PENGARAH PELAJARAN KELANTAN

Tn.Hj Khairul Anwar mengiringi Tn.Hj Ismail,Pengarah Pelajaran
Kelantan ke meja sarapan pagi..

--
Wazam

HELIKOPTER Y.A.B TIMBALAN PERDANA MENTERI SEDANG MENDARAT

Sebanyak 4 buah helikopter turun serentak di padang sekolah .Orang
ramai berpusu-pusu melihat lebih dekat lagi orang no.2 negara turun
dari helikopter tersebut.....wazam pun tak lepas nak tengok dari
dekat!

--
Wazam

09 Februari, 2008

PENGETUA MENGIRINGI TIMBALAN PERDANA MENTERI

Tn.Hj Khairul Anwar mengiringi Dato Seri Najib ke pentas Dewan Tok
Beta,SMK.Chabang Empat setibanya dari Helikopter yang turun di padang
sekolah.

--
Wazam

PENYAMPAIAN WANG EHSAN

Dato Seri Najib menyampaikan wang Ehsan hanya kepada 50 mangsa banjir
dan selebihnya 950 orang lagi disampaikan selepas majlis tersebut.

--
Wazam

HADIRIN DALAM MAJLIS BANTUAN MANGSA BANJIR

Hadirin yang berada di dalam dan di luar dewan dianggarkan lebih 5
ribu orang termasuk penerima bantuan wang ehsan.

--
Wazam